Saturday 5 October 2013

Gaji Seorang HO

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Mesti ramai yang nak tau berapa gaji seorang HO.
Tak kira lah yang duk dalam bidang kesihatan ataupun orang awam.
Maklum la kerja sebagai HO ni semua tau penat walaupun situasi dah bertambah baik sekarang.

Cukup ke gaji HO?

Kat bawah ni slip gaji HO selepas kenaikan bulan Julai 2013.


Kos sara hidup berbeza ikut tempat. Mereka yang kerja kat sabah sarawak dapat elaun-elaun lain lagi.

Cukup ke tidak bergantung kepada cara kita menilai jumlah tersebut. Apa yang penting kita perlu pandai menguruskan kewangan dengan baik. Kita sendiri yang memilih untuk berada di dalam profesion ini maka kita harus terima seadanya. Tak perlu kita nak bandingkan dengan kawan-kawan sebaya yang mungkin kerja mereka tidak hectic seperti HO tapi punya gaji hampir 2x ganda.

Gaji HO sekarang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman senior kita dulu. Bagi saya gaji bulanan HO tersangatlah cukup untuk kita hidup dengan sederhana dan selesa. InsyAllah jika kita kerja dengan amanah, rezeki kita dapat pun penuh dengan keberkatan.  

wallahualam. 

Wednesday 1 May 2013

Common Drugs in ward for HO

Salam,

Kali ni hanya nak share list of commonly prescribed medications in ward.

List ni sangat berguna kepada HO yang baru mula bertugas. Kalau setiap kali prescribe kena buka mims leceh la. Kalau dapat hafal doses utk beberapa common medications at least cepat sikit flow of work kita.

Choice of medications mungkin sedikit berbeza sebab list ni dapat dari HO hospital oversea. InsyaAllah kalau ada kelapangan akan diupdate list ni mengikut citarasa hospital malaysia.

Selamat mengundi!

download link:
https://docs.google.com/file/d/0B8wUS87t5qu8eHlhMjRFUWZYaEU/edit?usp=sharing

Thursday 11 April 2013

Graduan Perubatan Oversea Ramai MIA?

Apa itu MIA?

MIA - Missing In Action

Semasa berada di program PTM fasilitator bagitau sekarang ini makin ramai HO yang MIA kebanyakannya graduan dari oversea.

Senario ini berkait rapat dengan dengan graduan yang belajar di negara-negara tertentu terutamanya non-english speaking country.

Ramai yang telah sebut sebelum ini berkenaan isu kualiti graduan dari negara seperti russia, indonesia, mesir.
  

Betul ke mereka tak bagus? 

Bagus tak bagusnya seorang doktor sebenarnya bergantung kepada attitude. dah beberapa minggu aku kerja di hospital. mereka yang graduate sama ada dari russia ataupun indonesia mampu untuk bergerak seiring malah lebih kedepan berbanding HO yang lain.

Di peringkat awal memang akan ada masalah. ada beberapa graduan dari indonesia dan russia yang start sekali dengan aku. Main issue adalah language. Kat hospital banyak yang pakai short form dalam note. buat tambah pening lagi. masalah knowledge tu boleh diatasi bila kita go through every posting dengan syarat kita ada keinginan untuk belajar. 

Jadi untuk first posting mereka memang terpaksa kerja lebih keras. Once dah terbiasa dengan sistem insyAllah aku yakin mereka mampu pergi lebih jauh. Personally aku nasihatkan rajin2la baca admission note sebab kita sebagai HO ni banyak kena buat clerking dan present case. cuba belajar style of language yang dipakai. mana-mana short form yang tak faham terus tanya senior HO.

Tapi aku memang respek la kat member2 aku ni yang masih lagi enjoy walaupun berdepan masalah ni. yang penting perlu ada support sistem. ada berlambak graduan dari oversea. tanya la mana2 senior yang graduate dari tempat yang sama. apa2 masalah kena kongsi. kalau nak pendam je tu yang jadi masalah mental ni.

Kepada bakal-bakal HO tetapkan niat untuk belajar. Selamat bertugas!