Sunday 24 March 2013

Program Transformasi Minda Pegawai Perubatan UD41

Selesai sudah induksi atau Program Transformasi Minda (PTM) untuk Pegawai Perubatan Siswazah UD41.

Secara keseluruhan program ini memuaskan. Pada awalnya ingat akan ada masa untuk santai dan bersosial. Tapi program ini jadualnya agak padat. Nak ambil peluang keluar dari hotel pun susah. maklumlah jadual agak padat. Bab makan memang best.. makan kat hotel mestila sedap. 

Boleh klik kat jadual di bawah untuk lihat secara detail:

Jadual Program Transformasi Minda (PTM)

Hampir 100 orang peserta hadir mostly graduan dari oversea. Satu lagi PTM berlangsung serentak di tempat yang berlainan dengan jumlah peserta yang hampir sama. PTM mungkin diadakan dua kali sebulan. Jika setiap kali PTM melibatkan hampir 200 peserta cuba bayangkan jumlah HO yang kkm terima dalam setahun. Berdasarkan statistik tahun 2012 - kkm menerima 2146 graduan local dan 1509 graduan oversea. Total = 3655

Seperti yang kita semua maklum, kebanyakan program adalah ceramah-ceramah berkenaan dasar kerajaan, peranan penjawat awam, kkm dan hal-hal yang berkaitan. Fasilitator mesti akan tanya apa slogan terbaru kkm - KAMI SEDIA MEMBANTU. Sebelum ini slogan kkm ialah 'Utamakan Kesihatan' ketika zaman Dato Chua Soi Lek dan 'Kualiti Sepanjang Masa' ketika era Dato' Chua Jui Meng.

Hospital mana? - pada malam hari pertama, fasilitator akan bagi surat placement. time ni memang semua cuak. aku dapat first choice alhamdulillah. macam mana dengan rayuan? fasilitator tu kata kalau kamu dapat salah satu dari 3 choice hospital maka rayuan tidak akan dilayan. maka rayuan hanya akan diambil kira jika kita dapat hospital yang tidak ada dalam list pilihan kita. apa2 pun try je hantar surat rayuan kalau nak tukar. surat rayuan perlu dihantar kepada fasilitator pada hari kedua program. keputusan rayuan pula dapat diketahui pada hari terakhir program (jumaat).

Tugasan kumpulan - setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat sketsa berdasarkan situasi yang diberi. sketsa max 10 minit utk setiap kumpulan dibuat pada hari terakhir sebelum tamat program. contoh situasi - berlaku tanah runtuh dan ada beberapa pesakit yang mengalami isu yang berbeza.. ada 4 orang HO yang kebetulan lalu ke kawasan itu. Apa nak buat?; satu lagi senario - berlaku kebakaran di sebuah kampung.. ada 4 orang pesakit. etc...

Tugasan individu - ada ujian pada malam terakhir. soalan sangat random. tapi kami diberi peluang untuk berbincang dengan kawan-kawan sebelah dengan syarat tidak buat bising. Pakai bahasa isyarat je. urusetia sangat relax. kadang-kadang depa tolong kita cari jawapan kalau kita tanya.

walaupun jadual sampai pukul 11 pm tapi kami diarah untuk berbincang tugasan kumpulan sehingga pukul 12 am setiap hari. masa riadah pun diarah untuk berbincang tugasan kumpulan.

Senam robik @ 6.30 am hanya buat sehari sahaja. lega aku. haha. tapi ia bergantung kepada keputusan fasilitator. sama juga dengan sesi riadah.  kalau dapat kat hotel di kl kemungkinan besar tak buat riadah.

Pastikan kita jaga ketepatan masa sepanjang program. kalau lewat kena pakai pen merah untuk tanda kedatangan. Satu lagi jangan lupa bawa baju batik untuk dipakai pada hari khamis. 

setiap pagi kena nyanyi lagu ni selepas lagu negaraku. Selepas 5 hari nyanyi sudah lekat dalam kepala. haha.


Pada malam terakhir program, fasilitator akan terangkan secara detail dokumen2 yang perlu dibawa ketika melapor diri.

Setakat ni dulu entry kali ni. kalau ada apa2 soalan atau nak share pengalaman PTM boleh komen di bawah. (boleh komen secara anonymous)

1 comment:

  1. Do i need to get my surat penyata akaun bank and penyata kwsp before i lapor diri ?
    Thanku .

    ReplyDelete