Thursday 11 April 2013

Graduan Perubatan Oversea Ramai MIA?

Apa itu MIA?

MIA - Missing In Action

Semasa berada di program PTM fasilitator bagitau sekarang ini makin ramai HO yang MIA kebanyakannya graduan dari oversea.

Senario ini berkait rapat dengan dengan graduan yang belajar di negara-negara tertentu terutamanya non-english speaking country.

Ramai yang telah sebut sebelum ini berkenaan isu kualiti graduan dari negara seperti russia, indonesia, mesir.
  

Betul ke mereka tak bagus? 

Bagus tak bagusnya seorang doktor sebenarnya bergantung kepada attitude. dah beberapa minggu aku kerja di hospital. mereka yang graduate sama ada dari russia ataupun indonesia mampu untuk bergerak seiring malah lebih kedepan berbanding HO yang lain.

Di peringkat awal memang akan ada masalah. ada beberapa graduan dari indonesia dan russia yang start sekali dengan aku. Main issue adalah language. Kat hospital banyak yang pakai short form dalam note. buat tambah pening lagi. masalah knowledge tu boleh diatasi bila kita go through every posting dengan syarat kita ada keinginan untuk belajar. 

Jadi untuk first posting mereka memang terpaksa kerja lebih keras. Once dah terbiasa dengan sistem insyAllah aku yakin mereka mampu pergi lebih jauh. Personally aku nasihatkan rajin2la baca admission note sebab kita sebagai HO ni banyak kena buat clerking dan present case. cuba belajar style of language yang dipakai. mana-mana short form yang tak faham terus tanya senior HO.

Tapi aku memang respek la kat member2 aku ni yang masih lagi enjoy walaupun berdepan masalah ni. yang penting perlu ada support sistem. ada berlambak graduan dari oversea. tanya la mana2 senior yang graduate dari tempat yang sama. apa2 masalah kena kongsi. kalau nak pendam je tu yang jadi masalah mental ni.

Kepada bakal-bakal HO tetapkan niat untuk belajar. Selamat bertugas!