Saturday 5 October 2013

Gaji Seorang HO

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Mesti ramai yang nak tau berapa gaji seorang HO.
Tak kira lah yang duk dalam bidang kesihatan ataupun orang awam.
Maklum la kerja sebagai HO ni semua tau penat walaupun situasi dah bertambah baik sekarang.

Cukup ke gaji HO?

Kat bawah ni slip gaji HO selepas kenaikan bulan Julai 2013.


Kos sara hidup berbeza ikut tempat. Mereka yang kerja kat sabah sarawak dapat elaun-elaun lain lagi.

Cukup ke tidak bergantung kepada cara kita menilai jumlah tersebut. Apa yang penting kita perlu pandai menguruskan kewangan dengan baik. Kita sendiri yang memilih untuk berada di dalam profesion ini maka kita harus terima seadanya. Tak perlu kita nak bandingkan dengan kawan-kawan sebaya yang mungkin kerja mereka tidak hectic seperti HO tapi punya gaji hampir 2x ganda.

Gaji HO sekarang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman senior kita dulu. Bagi saya gaji bulanan HO tersangatlah cukup untuk kita hidup dengan sederhana dan selesa. InsyAllah jika kita kerja dengan amanah, rezeki kita dapat pun penuh dengan keberkatan.  

wallahualam. 

Wednesday 1 May 2013

Common Drugs in ward for HO

Salam,

Kali ni hanya nak share list of commonly prescribed medications in ward.

List ni sangat berguna kepada HO yang baru mula bertugas. Kalau setiap kali prescribe kena buka mims leceh la. Kalau dapat hafal doses utk beberapa common medications at least cepat sikit flow of work kita.

Choice of medications mungkin sedikit berbeza sebab list ni dapat dari HO hospital oversea. InsyaAllah kalau ada kelapangan akan diupdate list ni mengikut citarasa hospital malaysia.

Selamat mengundi!

download link:
https://docs.google.com/file/d/0B8wUS87t5qu8eHlhMjRFUWZYaEU/edit?usp=sharing

Thursday 11 April 2013

Graduan Perubatan Oversea Ramai MIA?

Apa itu MIA?

MIA - Missing In Action

Semasa berada di program PTM fasilitator bagitau sekarang ini makin ramai HO yang MIA kebanyakannya graduan dari oversea.

Senario ini berkait rapat dengan dengan graduan yang belajar di negara-negara tertentu terutamanya non-english speaking country.

Ramai yang telah sebut sebelum ini berkenaan isu kualiti graduan dari negara seperti russia, indonesia, mesir.
  

Betul ke mereka tak bagus? 

Bagus tak bagusnya seorang doktor sebenarnya bergantung kepada attitude. dah beberapa minggu aku kerja di hospital. mereka yang graduate sama ada dari russia ataupun indonesia mampu untuk bergerak seiring malah lebih kedepan berbanding HO yang lain.

Di peringkat awal memang akan ada masalah. ada beberapa graduan dari indonesia dan russia yang start sekali dengan aku. Main issue adalah language. Kat hospital banyak yang pakai short form dalam note. buat tambah pening lagi. masalah knowledge tu boleh diatasi bila kita go through every posting dengan syarat kita ada keinginan untuk belajar. 

Jadi untuk first posting mereka memang terpaksa kerja lebih keras. Once dah terbiasa dengan sistem insyAllah aku yakin mereka mampu pergi lebih jauh. Personally aku nasihatkan rajin2la baca admission note sebab kita sebagai HO ni banyak kena buat clerking dan present case. cuba belajar style of language yang dipakai. mana-mana short form yang tak faham terus tanya senior HO.

Tapi aku memang respek la kat member2 aku ni yang masih lagi enjoy walaupun berdepan masalah ni. yang penting perlu ada support sistem. ada berlambak graduan dari oversea. tanya la mana2 senior yang graduate dari tempat yang sama. apa2 masalah kena kongsi. kalau nak pendam je tu yang jadi masalah mental ni.

Kepada bakal-bakal HO tetapkan niat untuk belajar. Selamat bertugas!

Sunday 24 March 2013

Program Transformasi Minda Pegawai Perubatan UD41

Selesai sudah induksi atau Program Transformasi Minda (PTM) untuk Pegawai Perubatan Siswazah UD41.

Secara keseluruhan program ini memuaskan. Pada awalnya ingat akan ada masa untuk santai dan bersosial. Tapi program ini jadualnya agak padat. Nak ambil peluang keluar dari hotel pun susah. maklumlah jadual agak padat. Bab makan memang best.. makan kat hotel mestila sedap. 

Boleh klik kat jadual di bawah untuk lihat secara detail:

Jadual Program Transformasi Minda (PTM)

Hampir 100 orang peserta hadir mostly graduan dari oversea. Satu lagi PTM berlangsung serentak di tempat yang berlainan dengan jumlah peserta yang hampir sama. PTM mungkin diadakan dua kali sebulan. Jika setiap kali PTM melibatkan hampir 200 peserta cuba bayangkan jumlah HO yang kkm terima dalam setahun. Berdasarkan statistik tahun 2012 - kkm menerima 2146 graduan local dan 1509 graduan oversea. Total = 3655

Seperti yang kita semua maklum, kebanyakan program adalah ceramah-ceramah berkenaan dasar kerajaan, peranan penjawat awam, kkm dan hal-hal yang berkaitan. Fasilitator mesti akan tanya apa slogan terbaru kkm - KAMI SEDIA MEMBANTU. Sebelum ini slogan kkm ialah 'Utamakan Kesihatan' ketika zaman Dato Chua Soi Lek dan 'Kualiti Sepanjang Masa' ketika era Dato' Chua Jui Meng.

Hospital mana? - pada malam hari pertama, fasilitator akan bagi surat placement. time ni memang semua cuak. aku dapat first choice alhamdulillah. macam mana dengan rayuan? fasilitator tu kata kalau kamu dapat salah satu dari 3 choice hospital maka rayuan tidak akan dilayan. maka rayuan hanya akan diambil kira jika kita dapat hospital yang tidak ada dalam list pilihan kita. apa2 pun try je hantar surat rayuan kalau nak tukar. surat rayuan perlu dihantar kepada fasilitator pada hari kedua program. keputusan rayuan pula dapat diketahui pada hari terakhir program (jumaat).

Tugasan kumpulan - setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat sketsa berdasarkan situasi yang diberi. sketsa max 10 minit utk setiap kumpulan dibuat pada hari terakhir sebelum tamat program. contoh situasi - berlaku tanah runtuh dan ada beberapa pesakit yang mengalami isu yang berbeza.. ada 4 orang HO yang kebetulan lalu ke kawasan itu. Apa nak buat?; satu lagi senario - berlaku kebakaran di sebuah kampung.. ada 4 orang pesakit. etc...

Tugasan individu - ada ujian pada malam terakhir. soalan sangat random. tapi kami diberi peluang untuk berbincang dengan kawan-kawan sebelah dengan syarat tidak buat bising. Pakai bahasa isyarat je. urusetia sangat relax. kadang-kadang depa tolong kita cari jawapan kalau kita tanya.

walaupun jadual sampai pukul 11 pm tapi kami diarah untuk berbincang tugasan kumpulan sehingga pukul 12 am setiap hari. masa riadah pun diarah untuk berbincang tugasan kumpulan.

Senam robik @ 6.30 am hanya buat sehari sahaja. lega aku. haha. tapi ia bergantung kepada keputusan fasilitator. sama juga dengan sesi riadah.  kalau dapat kat hotel di kl kemungkinan besar tak buat riadah.

Pastikan kita jaga ketepatan masa sepanjang program. kalau lewat kena pakai pen merah untuk tanda kedatangan. Satu lagi jangan lupa bawa baju batik untuk dipakai pada hari khamis. 

setiap pagi kena nyanyi lagu ni selepas lagu negaraku. Selepas 5 hari nyanyi sudah lekat dalam kepala. haha.


Pada malam terakhir program, fasilitator akan terangkan secara detail dokumen2 yang perlu dibawa ketika melapor diri.

Setakat ni dulu entry kali ni. kalau ada apa2 soalan atau nak share pengalaman PTM boleh komen di bawah. (boleh komen secara anonymous)

Wednesday 20 February 2013

Personal Experience with Asus F80S


I have been using this laptop (Asus F80S) since 2008. All I can say that it is a good laptop.

Asus F80S
 Some of you might still be  using this model. When I bought it 5 years ago I was impressed with the spec.

This is just my personal review about this laptop. Just don't expect it to be a detail review like the one coming from a professional laptop reviewer.

My laptop was doing well for the first 2 years. Screen display was great and combined that with ATI Radeon HD 3470; hdmi output. Some minor complaints were just about the mediocre battery life, speaker quality and the weight which is  a little on heavy side compare to other laptops of the same size. Take note that I wouldn't comment on the software it came up with.

Asus F80S basically was equipped with amazing hardwares. Unfortunately it  also contributes to the most significant problem for this laptop - OVERHEATING.

Intel Core 2 Duo, as far as I know is designed for desktop computer. It will of course consume a lot of power and generating a lot of heat. Bear in mind that f80s also has ATI graphic card which also produces heat. I think f80s probably has some design issue. If you look at the bottom of the laptop, it doesn’t have enough ventilation to allow air coming into the laptop.

Asus F80S bottom - Not much air vents
My f80s started having trouble after about 2 years. It suddenly shut down when I was playing counter strike. Blue screen came on when I restarted the laptop. However it managed to get back to normal start up after a while. Since then my f80s did that (automatic shut down) now and then especially when the laptop is doing heavy tasks - photo editing in photoshop, lightroom or movie editing in sony vegas. (editing is not my main job, just a hobby)

I found a temporary solution to prevent it by using 'batter saving mode'. ( you can access that with the button next to on/off button). It helped to reduce the frequency of automatic shut down. 1 year later  the hard disk crashed.

After replacing the hard disk and installing windows 7 it has been working well except for compatibility issue with the sound system software. I just hope that its lifespan will extent up to 10 years.


I have taken some precautionary measures to make sure my asus f80s is not overheating:

1. Avoid 'High Performance' mode unless when you really need it. (I have monitored the temperature. Changing from 'battery saving' mode to 'high performance' will increase the temperature about +10 C)



2. Always use 'battery saving' mode whenever possible



3. Cooling pad is useful to reduce temp for about 2-3 C. I use Cooler Master



4. Use sleep mode instead of leaving it idle if you don’t plan to shut down

Sunday 10 February 2013

Tempoh Menunggu Graduan Perubatan

aduhai...

memang betul la sekarang makin ramai graduan doktor. dah berkarat otak duduk kat rumah tak buat ape.

aku dah buat temuduga spa pada akhir december 2012. dah sebulan lebih menunggu.
aku dengar ada yang kena tunggu sampai lebih 4 bulan. bila call kkm, staf dia kata kena tunggu dalam 2 bulan. jadi harap2 aku tak perlu tunggu lebih dari tu. duit makin banyak mengalir keluar ni.

in case kalau korang nk tanya pasal induksi blh call kkm bahagian latihan; 03-88850600.

masalahnya bila kawan aku call dia kata kena tunggu 4 bulan. jadi tak tau yg mana betul. mungkin paling cepat 2 bulan dan paling lambat sampai 4 bulan menunggu.

tarikh interview SPA -  26/12/2012

update 1:

Dah dapat surat lantikan dari SPA pada 16/2/2013.
Dalam sampul surat ada:
 -surat tawaran pelantikan UD41
 -surat setuju terima Pelantikan SPA.6A
 -Borang Medical check up
 -Contoh surat aku janji

update 2:

akhirnya dapat surat induksi pada  6/3/2013

aku diarah untuk hadir ke induksi atau nama barunya 'Program Transformasi Minda' /PTM. lantak hang la nak panggil program apa. yang penting dah nk start kerja.

aku kena hadir induksi pada 18/3/2013-22/3/2013.  

Maka secara total tempoh menunggu dari interview SPA sehingga ke induksi ialah hampir 3 bulan.

kalau nk dikira tempoh menunggu dari grad sehingga induksi ianya 4 bulan sebab nak tunggu interview pun hampir satu bulan. Situasi mungkin berbeza bagi local students yang buat interview sebelum final exam.

Saturday 9 February 2013

Interview SPA (Medic)

Dua bulan lepas aku pergi ke interview SPA utk pegawai perubatan UD41.

Rasa agak cuak walaupun mmg dh tau yg interview ni sekadar formality.

Sebelum pergi interview ada google sket pasal interview ni. ada la jumpa beberapa artikel yg bagitau apa nk prepare sebelum hadir temuduga spa.

Tapi sekarang ni spa dah tukar format interview. jadi nak citer sket utk jadi panduan kt korang yg nk gi interview lepas2 ni.

aku hadir temuduga di pusat temuduga spa di jalan chenderasari, kl.

kena ada kt sana kul 8 am. dokumen2 yg kena bawa tu korang cek sdiri la.

aku sampai pukul 7.45 am. Masa tu dh ramai calon sedang menunggu. pak guard minta semua calon tunggu dulu kt bawah.

bila dah tepat pukul 8 am semua calon diarah naik ke tingkat atas (tak ingat tingkat berape). aku follow je... aku datang skali dgn member aku sorang.

kami masuk dalam satu bilik menunggu yg agak luas. dalam bilik tu ada 5 bilik interview tp hanya 2 bilik diguna untuk interview calon pegawai perubatan.

ada ramai calon.. rasanya nak dekat 200 org. Semua dari oversea kalau tak silap

Kami diberi briefing oleh seorang staf. time tu baru tau 5 orang calon akan masuk sekali gus utk setiap interview. Sebelum itu kami diarah untuk mengisi borang dan bila siap kena hantar borang sekali dengan dokumen2 yg telah disahkan.

Siapa yang hantar borang awal akan dapat giliran awal. JADI PASTIKAN ANDA ISI DAN SERAH BORANG CEPAT2 KALAU NAK SETEL AWAL. aku memang antara yang cepat siap isi borang dan dapat masuk bilik interview dalam round ke-2.

temuduga bermula jam 9 am. 5 calon utk bilik 1 dan 5 calon lg utk bilik 2. bila 15 minit berlalu dia akan panggil 5 calon seterusnya bg setiap bilik utk stand by depan bilik interview. Kumpulan pertama selesai interview dalam masa hampir 30 minit.

Kemudian aku diarah masuk ke dalam bilik temuduga bersama-sama 4 calon yg lain. Dalam bilik ada seorang pegawai spa dan seorang doktor. bahagian pertama, setiap calon dikehendaki memperkenalkan diri masing2. Di bahagian kedua, doktor tu tanya beberapa soalan basic utk setiap calon.

soalan2 group aku dapat:
1. define fracture
2. clinical features of fracture
3. risk factors for hypertension
4. what is non-communicable disease
5. complications of diabetes

kalau nk jawab angkat tangan. kalau tak pun doktor tu akan pin point kat mana-mana calon. tp doktor yg aku dapat tu mmg baik super. akhir sekali dia tanya calon kalau ada apa2 soalan nk tanya.

rasa kejap sangat dlm bilik interview. dah habis terus bla.

*update - ada jgk member aku yg kena interview dlm group 8 orang. ramai yg kata soalan2 sgt random. jadi x perlu risau sgt berkenaan preparation. relax je. be confident.